Khamis, Disember 18, 2003

. Khamis, Disember 18, 2003

Dosa yang Lebih Besar dari Berzina

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak
jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat
Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)


source: forwarded email

Read More »»

Rabu, Disember 17, 2003

. Rabu, Disember 17, 2003

Jangan Menipu Allah Dengan Tudung

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita
yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan
syariat.
Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai
yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan
radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung
sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke
panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah
menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis,
mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan
tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat
menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang
mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

sumber: eone

Read More »»

Ahad, November 23, 2003

. Ahad, November 23, 2003

Kepunyaan Rasulullah

Walaupun sudah berkurun Rasulullah SAW pergi meninggalkan kita namun jasa baginda tetap di ingatan. Pemergian baginda merupakan kehilangan besar dalam dunia Islam. Namun baginda tetap meninggalkan amanat yang harus dipikul oleh setiap muslim amnya dan mukmin khasnya. Selain itu, sebagai seorang manusia, baginda juga ada meninggalkan khazanah kepunyaan baginda yang masih dijaga rapi. Berikut diperolehi melalui forwarded email. Maha Suci Allah yang menjadikan dunia dan seisi alam.

Di dalam bekas ini letaknya beberapa batang gigi baginda SAW..

Beberapa helai janggut Rasulullah..

Tapak kaki

Pedang..dikatakan saiz badan Rasulullah lebih kecil berbanding para sahabat..

Makam junjungan besar SAW..selawat dan salam ke atas baginda..


Wallahu 'alam..

Read More »»

Khamis, November 20, 2003

. Khamis, November 20, 2003

The Last Ten Days of Ramadan

How to take full advantage and benefit from the last part of Ramadan?

Though all parts of Ramadan are full of blessings and rewards, its last ten days hold a special status reflected in the recommendations and practices of the Messenger of Allah (p.b.u.h.) and his companions. I will focus here on three major practices of the Prophet (p.b.u.h.) and his companions during these days.

1-Praying in the last ten nights of Ramadan

Al-Bukhari and Muslim record from Aishah that during the last ten days of Ramadan, the Messenger of Allah would wake his wives up during the night and then remain apart from them (that is, being busy in acts of worship). A narration in Muslim states: "He would strive (to do acts of worship) during the last ten days of Ramadan more than he would at any other time."

Aishah reported that with the start of the last ten days of Ramadan, the Prophet (p.b.u.h.) used to tighten his waist belt (i.e. work hard) and used to pray all the night, and used to keep his family awake for the prayers. (Bukhari)

2-Performing I`tikaf in the Masjid (seclusion in the Mosque)

Before going to the essential of this last section, let us stop by one of the great Imams of Ahl Assunnah wal Jama`ah, one of the greatest revivers of the Dawah and the methodology of the Salaf, Shaikh ul-Islam Shamsuddeen Ibn Qayyim al-Jawziyyah who will give us a brain storming admonition.

He says (May Allah be pleased with him) in Zaad al Ma`aad fi hadyi khairi al `ibaab :

"Since the hearts' rectitude and firmness upon the path towards Allah, the Most High, rests upon directing it solely upon Allah and causing it to turn and give all its attention to Allah, the Most High. Since the disorder of the heart cannot be rectified except by turning to Allah, the Most High, and its disorder will be increased by eating and drinking too much, mixing with the people excessively, speaking profusely and sleeping too much. These will cause it to wander into every valley, and cut it off from its path to Allah, weaken it, divert it or put a halt to it.

From the mercy of the Mighty and Most Merciful is that He has prescribed for them fasting, which will cut off the excesses of eating and drinking, and empties the hear of its desires which divert it on its journey to Allah the Most High. He prescribed it in due proportion as will be appropriate and will benefit the servant, with regard to this world and the Hereafter, and does not harm him, nor damage what is beneficial for him.

He also prescribed I`tikaf for them, by which is intended that the heart is fully occupied with Allah, the Most High, concentrated upon Him alone, and cut off from preoccupation with the creation. Rather it is engrossed with Him alone, the One free of all defects, such that remembering Him, loving Him and turning to Him takes the place of all anxieties of the heart and its suggestions, such that he is able to overcome them. Thus all his concerns are for Him. His thoughts are all of remembrance of Him, and thinking of how to attain His Pleasure and what will cause nearness to Him. This leads him to feel contented with Allah instead of the people, so that prepares him for being at peace with Him alone on the day of loneliness in the grave, when there is no one else to give comfort, nor anyone to grant solace except Him. So this is the greater goal of I`tikaf."

I`tikaf is the seclusion and staying in the mosque with the intention of becoming closer to Allah. This was the practice of the Prophet (p.b.u.h.) during the last ten days of Ramadan especially. He would do it during other months as well.

Aishah reported that the Messenger of Allah (p.b.u.h.) used to practice I`tikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last ten nights of the month of Ramadan." (Bukhari)

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: "Allah's Messenger (p.b.u.h.) used to perform I`tikaf for ten days every Ramadan, then when it was the year in which he was taken (died), he performed I`tikaf for twenty days. (Bukhari)

Aishah reported that the Prophet (p.b.u.h.) used to practice I`tikaf in the last ten days of Ramadan till he died and then his wives used to practice I`tikaf after him. (Bukhari)

Aishah (May Allah be pleased with her) also reported that the Prophet (p.b.u.h.) used to perform I`tikaf in the last ten days of Ramadan until Allah the Mighty and Majestic, took him. (Bukhari and Muslim)

Al-Bukhari records from Abu Said that the Prophet (p.b.u.h.) said: "Whoever makes I`tikaf with me is to make I`tikaf during the last ten (nights)."

This Sunnah of the Prophet (p.b.u.h.) has been abandoned by many Muslims and it is worth reviving it in this era.

Aishah related that if the Prophet (p.b.u.h.) intended to make I`tikaf, he would pray the morning prayer and begin it. One time he wanted to make I`tikaf during the last ten nights of Ramadan, and he ordered his tent to be set up. Aishah reported: "When I saw that, I ordered my tent to be set up, and some of the Prophet's wives followed suit. When he (the Prophet) prayed the morning prayer, he saw all of the tents, and said: 'What is this?' They said: 'We are seeking obedience (to Allah and His Messenger). Then he ordered his tent and those of his wives to be taken down, and he delayed his I`tikaf to the first ten days of Shawwal)." (Bukhari)

The fact that the Messenger of Allah (p.b.u.h.) ordered (his and) his wives' tents to be struck down and (he himself left and) asked them to leave the I`tikaf after they have made the intention for it shows that they discarded the I`tikaf after they had begun it. (in this small paragraph are some additional comments to clarify things).

It is preferred for the one who is making I`tikaf to perform many supererogatory acts of worship and to occupy himself with prayers, reciting Quran, glorifying and praising Allah, extolling His oneness and His greatness, asking His forgiveness, sending salutations on the Prophet (p.b.u.h.), and supplicating Allah - that is, all actions that bring one closer to Allah. Included among these actions is studying and reading books of Tafsir and Hadith, books on the lives of the Prophets (p.b.u.t.), books of Fiqh, and so on. It is also preferred to set up a small tent in the courtyard of the mosque as the Prophet did.

3-Seeking Lailatul-Qadr (the Night of Decree)

It is the greatest night of the year like the Day of Arafah is the greatest day of the year. It is a night about which Allah reveled a full Surah, Suratul-Qadr (Al Qadr/1-5) and (ad-Dukhan/3-6)

It is the night when Quran was reveled.

It is the night when the Message sent to Mohammad, (p.b.u.h.) started.

It is the night when the light that would illuminate mankind to the end of life, started.

It is the night when every matter of ordainment is decreed.

Allah says in what can be translated as:

"Verily! We have sent it (this Quran) down in the Night of Decree (Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree is? The Night of Decree is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Rooh (i.e.. Jibreel [Gabriel]) by Allah's Permission with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn." (Al Qadr/1-5)

and in Surat ad-Dukhan:

"We sent it (this Quran) down on a blessed Night. Verily, We are ever warning (mankind of Our Torment). Therein (that Night) is decreed every matter of ordainment. Amran (i.e. a command or this Quran or His Decree of every matter) from Us. Verily, We are ever sending (the Messenger). (As) a Mercy from your Lord. Verily! He is the All-Hearer, the All-Knower. (ad-Dukhan/3-6)

A person who misses Lailatul-Qadr is really a deprived person!

Abu Hurairah reported that the Prophet (p.b.u.h.) said " The blessed month has come to you. Allah has made fasting during it obligatory upon you. During it the gates to Paradise are opened and the gates of Hellfire are locked, and the devils are chained. There is a night (during this month) which is better than a thousand months. Whoever is deprived of its good is really deprived (of something great). (Ahmad, an-Nisa'i and al-Bayhaqi)

What happens to the person who witnesses Lailatul-Qadr? and what should one do?

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported that the Messenger of Allah (p.b.u.h.) said : "Whoever stands (in prayer) in Lailatul-Qadr out of Eemaan (faith and sincerity) and seeking reward then his previous sins are forgiven". (Bukhari)

It is recommended to supplicate a lot during this night, it is reported from our mother Aishah (May Allah be pleased with her) that she said: "O Messenger of Allah! What if I knew which night Lailatul-Qadr was, then what should I say in it?" He said.- "Say.- (Allahumma innaka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annee.)

"O Allah You are The One Who pardons greatly, and loves to pardon, so pardon me.". (at-Tirmidhi and Ibn Majah with a Sahih Isnad)

When is Lailatul-Qadr?

It is preferred to seek this night during the last ten odd nights of Ramadan, as the Prophet (p.b.u.h.) strove his best in seeking it during that time. We have already mentioned that the Prophet (p.b.u.h.) would stay up during the last ten nights, would wake his wives, and then would remain apart from them to worship.

Ibn Abbas reported that the Prophet (p.b.u.h.) said, "Look for the Night of Qadr in the last ten nights of Ramadan, on the night when nine or seven or five nights remain out of the last ten nights of Ramadan (i.e. 21, 23, 25, respectively)." (Bukhari)

Aishah (May Allah be pleased with her) said: "Allah's Messenger (p.b.u.h.) used to practice I`tikaf in the last ten nights and say: 'Seek out Lailatul-Qadr in the (odd nights) of the last ten of Ramadan.'" (Bukhari and Muslim)

However, if the servant is too weak or unable, then he should at least not let the last seven pass him by, due to what is reported from Ibn Umar, who said: "Allah's Messenger (p.b.u.h.) said: 'Seek it in the last ten, and if one of you is too weak or unable, then let him not allow that to make him miss the final seven.'" (Bukhari and Muslim)

This explains his saying: "I see that your dreams are in agreement (that it is in the last seven), so he who wishes to seek it out then let him seek it in the last seven." (Bukhari and Muslim)

It is known from the Sunnah, that knowledge of the exact night upon which Lailatul-Qadr falls was taken up because the people argued, Ubaadah Ibn as- Saamit (May Allah be pleased with him) said: "The Prophet came out intending to tell us about Lailatul-Qadr, however two men were arguing and he said: 'I come out to inform you about Lailatul-Qadr but so and so, and, so and so were arguing, so it was raised up, and perhaps that is better for you, so seek it on the (twenty) ninth and the (twenty) seventh and the (twenty) fifth.'" (Bukhari)

Some of the Ahadith indicate that Lailatul-Qadr is in the last ten nights, while others indicate that it is in the odd nights of the last ten, so the first are general and the second more particular, and the particular has to be given priority over the general. Other Ahadith state that it is in the last seven - and these are restricted by mention of one who is too weak or unable. So there is no confusion, all the Ahadith agree and are not contradictory.

In conclusion: The Muslim should seek out Lailatul-Qadr in the odd nights of the last ten: the night of the twenty-first, the twenty-third, the twenty-fifth, the twenty-seventh and the twenty-ninth. If he is too weak or unable to seek it out in all the odd nights, then let him seek it out in the odd nights of the of seven: the night of the twenty-fifth, the twenty-seventh and the twenty-ninth. And Allah knows best.

What are the signs of Lailatul-Qadr?

Allah's Messenger (p.b.u.h.) described the morning after Lailatul-Qadr, so that the Muslim may know which day it is. From Ubayy (May Allah be pleased with him) who said: that he (p.b.u.h.) said: "On the morning following Lailatui-Qadr the sun rises not having any rays, as if it were a brass dish, until it rises up." (Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi and Ibn Majah)

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said : "We were discussing Lailatul-Qadr in the presence of Allah's Messenger (May Allah be pleased with him) so he said: 'Which of you remembers (the night) when the moon arose and was like half a plate?'" (Muslim)

Ibn Abbas (May Allah be pleased with him) said: Allah's Messenger (May Allah be pleased with him) said: "Lailatul-Qadr is calm and pleasant, neither hot nor cold, the sun arises on its morning being feeble and red.'' (at-Tayaalisee, Ibn Khuzaimah and al-Bazzaar with a Hasan Isnad)

We pray to Allah, Almighty, Most Merciful to bless us this Ramadan by witnessing Lailatul-Qadr.

Source: quraan.com


Read More »»

Selasa, November 11, 2003

. Selasa, November 11, 2003

Sifat Rasulullah S.A.W

DIRIWAYATKAN, ketika Saidatina Aishah r.a. ditanya bagaimanakah sebenarnya akhlak Rasulullah s.a.w, Baginda menjawab: “Akhlaknya adalah al-Quran. Baginda reda dengan keredaan Allah dan Baginda murka dengan kemurkaan-Nya.”

Ia suatu keterangan paling tepat daripada wanita paling hampir dengan Muhammad. Sebagai pesuruh Allah, Muhammad menjelmakan setiap ajaran yang diturunkan itu dalam setiap perbuatannya.

Baginda sering berlemah-lembut pada kebanyakan masa, tetapi tegas dan tangkas pada ketika yang memerlukan.

Hasilnya, Islam yang bermula secara sembunyi-sembunyi akhirnya tersebar ke seluruh dunia dan diterima manusia. Pada suatu ketika, ia mampu menguasai sebahagian besar kerajaan di muka bumi.

Dengan keadaan begitu, tentu banyak rahsia dan teladan yang boleh diambil bagi menyambung tugas penting ini, atau sekurang-kurangnya mencontohi akhlak Rasulullah untuk dipraktikkan sebagai suatu cara hidup yang sempurna.

Sebagai contoh, Rasulullah sangat kasih kepada kanak-kanak. Abu Hurairah r.a. menceritakan bagaimana satu hari Baginda mengucup Hassan bin Ali ketika Al-Aqra’ bin Habis al-Tarmimi ada di sisi. Al-Aqra’ berkata, dia ada 10 anak tetapi tidak pernah mengucup walaupun seorang daripada mereka.

Rasulullah kemudian memandang dan berkata (bermaksud): “Sesiapa yang tak mengasihi, tidak akan dikasihi.” (riwayat Bukhari)

Muhammad juga sentiasa berkasih sayang kepada orang lain, termasuk terhadap individu yang melakukan kesalahan dalam keadaan jahil. Jika berlaku kesilapan, Baginda menegur dengan bijaksana dan lemah lembut sehingga mesejnya dapat disampaikan dengan berkesan.

Sebagai contoh, seorang Arab badawi didapati kencing dalam sebuah masjid. Beberapa sahabat cuba menegah dan memukulnya, tetapi Rasulullah mengarahkan supaya dibiarkan seketika lelaki itu sehingga dia selesai dengan hajatnya. Baginda kemudian mengambil air dengan sebuah bekas dan mencurahkannya di tempat kencing itu.

Kaedah itu menunjukkan bagaimana Baginda menyampaikan dakwah secara praktikal dan tidak menzalimi sesiapa.

Haiwan juga tidak terlepas daripada kasih sayang Rasulullah. Sebagai contoh, Baginda melarang sesiapa membunuh tanpa alasan yang diharuskan syarak. Baginda bersabda (bermaksud): Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas sesuatu. Apabila kamu membunuh, hendaklah membunuh dengan baik dan apabila menyembelih, hendaklah menyembelih dengan baik. Dan hendaklah seseorang itu menajamkan mata pisau dan memberi keselesaan kepada sembelihannya (riwayat Muslim).

Ketika bersama tentera Islam menuju ke Makkah, Baginda ternampak seekor anjing betina menyusukan anak-anaknya. Bimbang dipijak tentera Islam, Baginda mengarahkan seorang sahabat, Ju’il bin Suraqah, supaya berdiri di samping haiwan itu untuk mengelak ia dianiaya, termasuk secara tidak sengaja.

Kepada sesiapa yang melakukan penganiayaan kepada haiwan, Baginda bersabda (bermaksud): “Seorang wanita diazab disebabkan dia mengikat seekor kucing tanpa memberinya makan dan minum, serta tak membiarkannya memakan binatang yang ada di bumi” (riwayat Muslim).

Ketika perang pun, Baginda memastikan akhlak pejuang Islam terpelihara daripada tindakan di luar batas agama. Walaupun ketika itu jiwa tentera Islam dipenuhi semangat ingin mempertahankan agama daripada ancaman kuffar, Muhammad menuntut mereka mengamalkan peraturan tertentu, seperti sabdanya (bermaksud): “Hendaklah engkau menjauhi muka (ketika menyerang dengan senjata), sesungguhnya Allah mencipta Adam di atas wajah-Nya” (riwayat Muslim).

Apabila dikaji, jelas bahawa mencederakan wajah seseorang akan membawa kesan berpanjangan. Jika dia hidup (selepas peperangan itu), mungkin sakit hati tersimpan lama sehingga mengganggu jiwanya serta menimbulkan dendam berpanjangan.

Begitu juga halnya jika seseorang menampar orang lain. Ia dianggap satu penghinaan dan tidak mustahil boleh membawa pertelingkahan lebih dahsyat, termasuk pembunuhan atau pertumpahan darah.

Justeru, Allah menjadikan pukulan di muka sebagai antara cara penghinaan di akhirat.

Firman Allah (bermaksud): “Dan (amatlah ngeri) jika engkau melihat ketika malaikat mengambil nyawa orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata), rasakanlah oleh kamu azab seksa neraka yang membakar.” (al-Anfal:50)

Muhammad juga terkenal dengan sifat pemaaf, sehingga dalam situasi di luar daripada kebiasaan. Sebagai contoh, Rasulullah memaafkan Wahsyi al-Habasyi yang membunuh bapa saudara kesayangan Baginda, Hamzah, selain Hindun binti Utbah yang merancang pembunuhan berkenaan serta melapah hati panglima perang itu.

Read More »»

Selasa, November 04, 2003

Pesan Roh Kepada Manusia

. Selasa, November 04, 2003

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-maj! li! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluar! l! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Read More »»

Rabu, Oktober 29, 2003

. Rabu, Oktober 29, 2003

Rahsia Dan Kemanisan Dalam Ibadah Puasa

ALLAH SWT. Telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya iaitu dengat memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala serangan busuknya. Amalan itu adalah ibadah puasa…

Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT.
Rasulullah saw. Bersabda :
“Puasa adalah separuh kesabaran.”
(HR. Tarmizi & Ibn Majah)

Firman ALLAH :
“ Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.”
( Az-Zumar : 10 )

Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi dari batas perkiraan atau hitungan.

Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis Rasulullah saw :
“ Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari minyak kasturi. ALLAH berfirman : “ Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya.”
( Bukhari & Muslim )

ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw. :
“Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.”
( HR.Bukhari & Muslim )

Firman ALLAH yang maksudnya :
“ Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
( As-Sajadah : 17 )

Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat diatas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung. Justeru itu tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya, maka puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :

1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.

2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman . Jadi usaha untuk melawan musuh ALLAh, adalah sebagai salah satu jalan untuk menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itupun bergantung kepada pengabdian manusia kepada-Nya, sebagaimana firman ALLAH maksudnya :
“ Apabila kamu menolong ALLAH ( menolong memajukan agama ALLAH), maka ALLAH juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu).”
( Muhammad : 7 )

Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah tersebut.



Kewajipan-Kewajipan Puasa Yang Bersifat Lahiriah
Ada enam perkara yang harus diketahui dalam kewajipan-kewajipan puasa yang bersifat lahiriah.

1. Mengetahui datangnya permulaan bulan Ramadhan.Penelitian dilakukan dengan jalan melihat anak bulan. Apabila anak bulan tersebut tertutup awan, maka hendaklah disempurnakan sahaja tiga puluh hari bulan Sy’ban. Akan tetapi untuk menetapkan satu Syawal, maka untuk mengetahui anak bulan itu haruslah dilakukan dengan kesaksian dua orang yang adil. Tujuannya adalah untuk lebih berhati-hati dalam mengamalkan ibadah puasa itu. Barang siapa yang mendengar berita dari orang yang dianggap adil bahawa ia telah melihat anak bulan, maka wajiblah ia memulai ibadah puasanya, walaupun hakim agama tidak memberikan keputusan sebagaimana yang dipercayainya itu.

2. Berniat
Niat ini haruslah dilakukan pada setiap malam bulan ramadhan, dan niat itu pula wajiblah ditentukan secara pasti, misalnya berniat untuk mengerjakan kewajipan puasa ramadhan keran ALLAH SWT.

3. Menahan diri dari memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam perut, sedang ia ingat bahawa ia dalam keadaan berpuasa.Jadi puasa seseorang itu menjadi batal dengan sebab makan.minum, memasukan ubat dari hidung atau dari dubur (rongga pada tubuh badan). Tidaklah batal jika bercelak, memasukan sugi pembersih. Juga tidaklah batal kerana masuknya debu tanpa sengaja ke dalam tubuh atau masuknya lalat dimulut. Sedangkan kalau seseorang itu berkumur-kumur, lalu ada air yang masuk ke dalam perutnya, itupun tidak membatalkannya, asalkan tidak keterlaluan ketika berkumur-kumur itu. Jadi kalau air yang masuk ke dalam perut itu kerana disengajakan atau kerana keterlaluan, tentulah akan membatalkan puasa. Sedangkan kalau seseorang itu lupa, baik dia makan, minum dan lain-lainnya, maka tiadalah pula membatalkan puasanya.

4. Menahan diri dari melakukan persentubuhan.
Akan tetapi kalau yang demikian itu dilakukan kerana terlupa, juga tidak membatalkan puasa. Sedangkan jika melakukan junub itu pada waktu malam hari atau bermimpi sehingga mengeluarkan air mani, dan pada waktu pagi hari masih dalam keadaan junub, maka yang demikian itupun tidak membatalkan puasa.

5. Menahan diri dari sengaja mengeluarkan air mani (istima’), baik dengan jalan bersetubuh atau dengan jalan lain, yang demikian itu adalah membatalkan puasa. Tidak pula membatalkan puasa jika seseorang itu mencium isterinya atau tidur dan bersenda gurau denyanya, salama tidak mengeluarkan air mani, akan tetapi hukumnya adalah makruh.

6. Menahan diri dari mengeluarkan muntah. Kalau hal ini dilakukan dengan sengaja, maka batallah puasanya, akan tetapi kalau tidak disengajakan, maka tidaklah batal. Bagi seseorang yang menelan kahak dari kerongkongnya atau dadanya, maka yang demikian itu biasa terjadi. Akan tetapi kalau kahak itu sudah berada di mulut, lalu ditelannya, maka batallah puasanya.





Tiga Tingkatan Manusia
Dalam Mengerjakan Puasa ketahuilah, bahawa dalam mengerjakan ibadah puasa itu, ada tiga tingkatan manusia………

1. Puasa orang awam
Hanya sekadar menahan diri dari memenuhi nafsu syahwat seperti, makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan.

2. Puasa orang khusus.
Menahan diri dari makan, minum, melakukan hubungan suami isteri, ditambah pula dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan lain-lain daripada perbuat dosa.

3. Puasa Orang-orang Khusus yang sangat halus.
Disamping menahan diri dari perkara-perkara di atas juga berusaha untuk mencegah dari perkara-perkara yang bersifat keduniaan sehingga sehingga fikiran hanya bertujuan kepada Allah SWT, dan hari akhirat. Bagi orang yang telah sampai tingkatan puasanya seperti ini, ia akan menganggap batal puasanya apabila ia memikirkan perkara-perkara keduniaan kecuali pemikiran tentang keduniaan itu mendorongnya untuk pemahaman keagamaan, kerana hal tersebut dianggap sebagai tanda ingat kepada akhirat dan tidak termasuk kepada yang bersifat duniawi
Tingkat puasa ini umunya hanya dapat dicapai oleh para rasul, para wali Allah dan mereka yang selalu berusaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.





Syarat-Syarat Batiniah
Bagi Orang Yang Berpuasa Ada enam syarat batin yang harus dimiliki oleh orang yang ingin mencapai tingkatan puasa yang sangat khusus…….

1. Memejamkan mata atau tidaka melihat sesuatu yang akan membawa kepada kebencian ALLAH SWT.
Menahan diri dari melihat sesuatu yang tercela atau makruh, apalagi yang dapat membimbangkan atau melalikan hati dari mengingati Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.”
(HR : Hakim)

Diriwayatkan oleh jabir dari anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Ada lima perkara yang dapat membataltan puasa seseorang, iaitu :
berdusta, mengumpat, menyebarkan berita-berita dusta, bersumpahpalsu dan memandang sesuatu dengan penuh nafsu.”
(HR : Azdi)


2. MEMELIHARA LIDAH
Lidah hendaklah dijaga dari perkara yang sia-sia, seperti :
Berdusta, mengumpat, menyebarkan fitnah, berkata kotor, berkata kasar, membangga diri dan sebagainya. Sebagai ganti dari perkara-perkara buruk tersebut adalah memperbanyak berzikir kepada ALLAH SWT dan membaca ayat-ayat Al- Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan jahil. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah :
“sesungguhnya aku sedang berpuasa !.”
(HR : Bukhaari & Muslim)

Dalam sebuah hadis diriwayatkan :
Di masa Rasulullah SAW. Ada dua orang wanita yang sedang berpuasa. Menjelang petang hari, kedua-dua wanita tersebut berasa sangat haus dan lapar, sehingga tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya kedua wanita tersebut menyuruh seseorang untuk pergi kepada Rasulullah , untuk meminta izin kiranya diperkenankan untuk membatalkan puasa mereka. Sebagai jawapan dari permintaan dua orang wanita tersebut, Rasulullah mengirimkan sebuah mangkuk dan bersabda :
“Katakalah kepada mereka, supaya mereka makan ke dalam mangkuk ini !” .

Maka apa yang terjadi ? Salah seorang dari wanita tersebut memuntahkan darah dan daging mentah, demikian juga yang seorang lagi, sehingga penuhlah mangkuk tersebut. Orang yang melihat pada waktu itu merasa hairan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :
“Kedua wanita ini telah berpuasa dari apa yang telah dihalalkan oleh ALLAH dan kemudian berbuka dengan suatu yang diharamkan oleh ALLAH bagi mereka. Mereka duduk berdua, kemudian bersama-sama mengumpat, dan di dalam mangkuk ini adalah daging manusia yang mereka caci itu”.
(HR : Ahmad)


3. MEMELIHARA PENDENGARAN
Pendengaran juga harus dijaga dari memdengar sesutau yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula untuk didengari. Itulah sebabnya, maka ALLAH SWT. Menyamakan antara orang yang suka mendengar perkara yang haram dengan menamakan sesuatu yang diharamkan.

ALLAH Berfirman dalam surah Al-Maidah : 42 .
Ertinya :
“orang-orang yang derhaka itu suka sekali mendengar kebohongan, dan memakan yang haram.”
(Al-Maidah : 42)

“Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya sangat buruk yang mereka kerjakan itu.”
(Al-Maidah ; 63)

Disamping itu berdiam diri dihadapan orang yang yang mengumpat, hukumnya haram, sebagaimana yang dijelaskan ALLAH SWT dalam firmanNya :
“jika kamu tetap duduk bersama mereka, sesungguhnya kamupun seperti mereka.”
(An-Nisa’ : 140)

Rasulullah SAW. Bersabda :
“ Orang yang mengumpat dan mendengarnya, sama-sama berada dalam dosa.”
(HR : Tabrani)


4. MEMELIHARA ANGGOTA BADAN
Anggota badan hendaklah dipelihara dari perbuatan dosa, seperti kaki dan tangan hendaklah dijauhkan dari perbuatan yang dibenci, demilian pula menahan perut dari memakan makanan yang sifatnya syubhat,(tidak jelas haram atau halalnya ) pada waktu berbuka, sebab tidak ada ertinya berpuasa menahan dari makanan yang halal, akan tetapi pada waktu berbuka memasukkanya dengan makanan yang haram, atau rezeki yang diperolehi dengan jalan haram. Perumpaan orang yang berpuasa seperti ini adalah sama dengan orang yang membangun sebuah istana yang sangat indah dan besar kemudian ia sendiri yang menhancurkannya.

Makanan yang haram adalah merupakan racun yang sangat berbahaya dalam kehidupan beragama, sedangkan makanan yang halal adalah ibarat ubat, yang akan memberi manfaat apabila dimakan menurut ketentuan yang telah ditetapkan serta tidak terlalu berlebihan. Sebab, diantara tujuan berpuasa itu adalah untuk mendorong lahinya sikap pertengahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan hausnya sahaja.”
(HR : An-Nasa’I dan Ibn Majah)

Ada pula yang berpendapat bahawa penafsiran dari hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makan yang haram. Akan tetapi ada pula yang menafsirkannya dengan orang yang berpuasa menahan diri dari makanan yang halal, tetapi berbuka dengan daging dan darah manusia, kerana mereka merosakkan puasanya dengan mencaci orang lain. Tetapi ada pula menafsirkannya dengan orang yang tidak menjaga anggota badannya dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa.


5. MENGHINDARI DIR DARI TERLALU BANYAK MAKAN
Jangan terlalu banyak makan pada waktu berbuaka puasa, walaupun makanan yang halal dan diperolehi memalui jalan yang halal., sehingga sangat padat di dalam perut dan menimbulkan sesak di dada. Sesungguhnya tidak ada tempat yang kurang disukai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla melainkan perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cuba kita renungkan, bagaimana pula akan dapat bermanfaat sebagai cara untuk mengalahkan musuh ALLAH dan untuk mengendalikan hawa nafsu, jika pada waktu berbuka, ia menghabiskan apa sahaja yang dapat dimakannya pada waktu siang hari. Apa lagi adap bulan buasa biasanya disediakan tambahan, yang pada hari-hari biasa tidak ada. Bahkan sudah menjadi adat yang buruk, iaitu kebiasaan menyimpan makanan yang bermacam ragam untuk persediaan bulan Ramadhan. Maka untuk di bulan puasa itu dimakanlah makanan yang tidak dimakan pada bulan-bulan lain.

Padahal sudah disedari bahawa tujuan dari berpuasa adalah untuk mengosongkan perut serta menahan hawa nafsu, supaya jiwa tetap bertakwa.Oleh sebab itu, kalau perut itu hanya ditahan pada waktu siang hari dan dilepaskan pada waktu malam hari hingga nafsu syahwatpun akan tetap tinggi. Jika demikian halnya puasa itu, maka roh dan rahsia puasa tidak akan pernah dapat dirasakan, bahkan sebaliknya, memberikan tambahan kekuatan nafsu syahwat berlipat ganda semuanya ini akan lebih membuka jalan kepada seseorang untuk terus berbuat keburukan dan kejahatan.

Justeru itu, untuk melemahkan semangat syaitan, hendaklah makanan itu dikurangkan, kerana tidak akan memperolehi manfaat, apabila ketika berpuasa tetap makan dengan jumlah yang biasa dimakan pada hari-hari biasa. Bahkan sangat dianjurkan untuk sedikit tidur pada waktu siang hari, sehingga rasa haus dan lapar dapat dirasakan. Dengan demikian, orang yang berpuasa akan dapat merasakan samakin lemahnya kekuatan badan, yang akan membawanya kepada kesucian jiwa.

Apabila rasa lemah itu masih dirasakan pada malam hari, akan mudahlah orang tersebut untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) serta wiridnya. Dengan demikian, syaitan tidak akan mengelilingi hatinya, sehingga ia akan mendapatkan kurnia syurga. Apa lagi malam lailatul qadar adalah merupakan malam yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman ALLAH :
“Kami turunkan Al-Quran pada malam lailatul qadar.”
( Al-Qadar:1)

6. TAKUT DISERTAI DENGAN PENUH HARAPAN KEPADA ALLAH
Setelah selesai berbuka, hendaklah hati mempunyai perasaan takut dan penuh pengharapan kepada ALLAH . Perasaan takut yang dimaksudkan adalah, hati berasa bimbang dan malu kepada ALLAH tentang ibadah puasa yang dilakukan serba kekurangan dan tidak diterima oleh ALLAH.

Sebab kita kita sendiri tidah mengetahuinya, apakah puasa kita itu diterima. (Perbanyakkanlah istigfar memohan keampunan ALLAH).

Sedangkan yang dimaksudkan dengan perasaan harap ialah, di dalam hati kita harus penuh pengharapan, semoga usaha kita diterima dan menjadi orang yang selalu dekat dengan-Nya. Perasaan seperti inilah harus ada pada setiap selesai mengerjakan ibadah puasa.

Al-Hassan bin Abu Hassan Basri meriwayatkan, bahawa pada suatu hari lalu sekumpulan orang yang sedang tertawa terbahak-bahak. Maka mereka berkata :
"ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba. Dimana hamba-hamba-Nya berlumba-lumba dalam beribadah. Beberapa orang diantara mereka berhasil sampai terlebih dahulu dan menang, sedangkan yang lain tertinggal di belakang dan kalah. Adalah sangat menghairankan jika mereka yang kalah, masih dapat tertawa. Demi ALLAH apabila tabir telah tertutup, maka mereka yang berbuat baik akan penuh dengan pahala, sedangkan mereka yang berbuat kejahatan akan penuh dengan dosa”

Maksudnya, bagi mereka yang puasanya diterima, tentu akan bersuka-ria. Sedangkan bagi mereka yang berpuasanya ditolak, akan tertutuplah pintu tertawa baginya.

Dalam riwayat yang lain, pernah orang berkata kepada Al-Ahnaf bin Qais, orang tersebut berkata,
“Tuan sudah tuan, apabila tuan berpuasa tentu akan melemahkan badan tuan.” Maka Al-Ahnaf menjawab,:
"Dengan mengerjakan ibadah puasa, bererti aku sedang menyiapkan diri untuk perjalan yang sangat jauh. Justeru itu bersabar dalam mentaati ALLAH tentu akan lebih mudah, daripada menahan siksa-Nya.

Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya ,:
"Siapakah orang yang bijak wahai Nabi?”
Nabi SAW menjawab :
“Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.”
(HR : Ibnu Majah)

PENTINGNYA SYARAT-SYARAT BATIN DALAM BERPUASA
Sangatlah salah jika ada orang yang berpendapat bahawa dengan menahan diri dari makan, minum, dan nafsu seksual, tanpa memperhatikan syarat-syarat yang bersifat batiniah bererti puasa yang dikerjakannya telah sah.

Perlu diketahui bahawa pendapat yang demikian adalah tidak benar, kerana syarat-syarat batin sangatlah penting untuk menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang itu. Apalagi mereka yang memiliki pengetahuan tentang hari kiamat, pasti akan bersungguh-sungguh dengan syarat batin itu, sehingga ibadahnya sah diterima oleh ALLAh SWT.

Untuk semuanya itu, mereka melaksanakannya dengan sungguh-sungguh sehingga akan mencapai tujuan. Sebab bagi mereka, puasa adalah salah satu cara untuk mendekati ALLAH sebagai tempat meminta, serta berusaha untuk mencotohi malaikat sebagai makhluk yang bebas dari godaan nafsu. Apalagi manusia adalah makhluk yang menpunyai darjat di atas haiwan, Cuma kerana manusia itu mempunyai akal ia akan sanggup mengendalikan nafsunya. Oleh kerana itu ia harus berusaha untuk cuba mengatasi godaan nafsu tersebut sehingga dapat mengatasi Malaikat.

Baila manusia berhasil dikuasai oleh hawa nafsunya, maka darjatnya akan jatuh sehingga sama dengan haiwan. Akan tetapi, bila ia sanggup menguasai hawa nafsunya, maka darjatnya akan naik ketingkat para Malaikat, sebab para Malaikat adalah makhluk yang sangat dekat dengan ALLAH Azza Wa Jalla.

Ini adalah merupakan rahsia puasa bagi mereka yang mengetahuinya secara mendalam.

Abu Darda’ di dalam hal ini berkata : “Alangkah indahnya tidur berbukanya orang-orang yang bijaksana! Mereka tidak sama dengan orang-orang bodoh berpuasa dan berjaga sepanjang malam!

Padahal sebesar biji sawi amal mereka yang penuh keyakinan dan takwa adalah lebih bererti dan lebih berharga dari segunung ibadah dari mereka yang tertipu oleh diri mereka sendiri. Justeru itu banyak ulama yang berkata :
“Alangkah banyak orang yang berpuasa, tapi sebenarnya tidak; dan betapa banyaknya pula orang yang kelihatan tidak berpuasa, padahal ia sedang berpuasa.”
Rasulullah SAW bersabda :
“Puasa adalah amanah, maka hendaklah kamu menjaga amanah tersebut”
(HR : Khara’iti)

Firman ALLAH dalam surah An-Nisa’ ayat 58 yang bererti :
“Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya.”
(surah An-Nisa’ ayat 58)

Rasulullah SAW. Menyapu-nyapu telinga dan matanya serta bersabda :
“ Pendengaran adalah amanah dan penglihatan juga amanah.”
(HR : Abu Daud)

Demikianlah diantara syarat-syarat lahiriah dan batiniah di dalam mengerjakan ibadah puasa, sesungguhnya setiap ibadah itu mempunyai aspek lahiriah dan batiniah, seperti kulit dengan isi.




“ISLAM adalah untuk semua. Da’wah adalah fardhu atas setiap individu. Sebarkanlah buat adik, abang, saudara-mara dan kawan-kawan, InshaALLAH"

Read More »»

Khamis, Oktober 23, 2003

. Khamis, Oktober 23, 2003

Manusia Zaman Nabi Nuh?

Subhanallah..besarnya..betul atau rekaan wallahua'lam..


Fakta: Dikhabarkan bahawa ketinggian nabi Adam a.s adalah setinggi 70 hasta..

ps: ini diperoleh dari forwarded email..sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu..

Read More »»

Rabu, Oktober 22, 2003

. Rabu, Oktober 22, 2003

The Only Love..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Read More »»

Selasa, Oktober 21, 2003

Mencapai Hati yang Istiqamah

. Selasa, Oktober 21, 2003

Mencapai Hati yang Istiqamah

Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.

Keburukan dan kemaksiatan ini bisa datang karena hati seseorang dalam keadaan lengah dari dzikir kepada Allah. Ibnul Qoyyim al-Jauziyah berkata, "Apabila hati seseorang itu lengah dari dzikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan."

Oleh karena itu, hati seorang mukmin harus senantiasa dijaga dari pengaruh setan ini. Yaitu, dengan senantiasa berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Upaya inilah yang disebut dengan Istiqamah.

Imam al-Qurtubi berkata, "Hati yang istiqamah adalah hati yang senantiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan." Lebih lanjut beliau mengatakan, "Hati yang istiqamah adalah jalan menuju keberhasilan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan dilapangkan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. Dengan hati yang istiqamah, maka malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap adzab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa."

Ma'asyiral muslimin rakhimahullah!
Ada banyak cara untuk menggapai hati yang istiqamah ini. Di antaranya: pertama, meletakkan cinta kepada Allah SWT di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan butuh perjuangan keras. Karena, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami benturan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, entah itu kepentingan orang tua, guru, teman, saudara, atau yang lainnya. Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.

Padahal, Allah SWT telah menegaskan bahwa siapa yang lebih mencintai sesuatu selain Allah, maka ia justru akan tersiksa dengan rasa cintanya itu. Siapa yang takut karena selain Allah, maka ia justru akan dikuasai oleh rasa takutnya itu. Siapa yang sibuk dengan selain Allah, maka ia akan mengalami kebosonan dan siapa yang mendahulukan yang lain daripada Allah, maka ia tidak akan mendapatkan keberkahan dari-Nya.

Kedua, membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah SWT. Allah SWT berfirman yang artinya, "Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah." Ulama dalam menafsirkan ayat ini mengatakan, "Mengapa kalian tidak takut akan kebesaran Allah."

Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.

Ketiga, senantiasa berzikir kepada Allah. Zikir adalah wasiat Allah kepada hamba-hamba-Nya dan wasiat Rasulullah kepada ummatnya. Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam kesibukan, maka Aku akan mengingat-Nya dalam kesibukan yang lebih baik darinya." (HR Bukhari).

Keempat, Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu. Hal ini diharapkan agar kita bisa mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan.

Allah SWT berfirman, "Sungguh dalam kisah-kisah mereka terdapat ibrah (pelajaran) bagi orang yang memiliki akal, ...."

Kelima, senantiasa berpikir tentang kebesaran ciptaan Allah. Allah SWT memiliki ciptaan yang indah dan besar. Dengan memikirkan ciptaannya diharapkan bisa menyadari betapa besar kekuasaan Allah terhadap ciptaan-Nya itu. Allah SWT berfirman, "Wahai manusia, telah diberikan kepada kalian beberapa permisalan, maka dengarkanlah (perhatikanlah) permisalan itu. Sesungguhnya orang-orang yang engkau seru selain Allah, mereka tidak akan mampu untuk menciptakan lalat, meskipun untuk melakukannya itu mereka berkumpul bersama.."

Demikianlah beberapa hal yang akan mengantarkan kita kepada hati yang istiqamah. Dan mudah-mudahan saja kita bisa mendapatkannya.

Read More »»

Isnin, Oktober 20, 2003

. Isnin, Oktober 20, 2003

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang
dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?"

Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?"

Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000
tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari
pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.

Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.

Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?"

Jawab mereka, "Tidak"

Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

sumber: forwarded email

ps: alangkah bahagianya dirimu wahai wanita...

Read More »»

Isnin, Oktober 13, 2003

"Adalah Hikmahnya Tuh..."

. Isnin, Oktober 13, 2003

"Adalah Hikmahnya Tuh..."

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

{sumber: forwarded email}

Read More »»

Sabtu, Oktober 11, 2003

Sekapur Sireh

. Sabtu, Oktober 11, 2003

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Warahmatullah. Tauladan Sepanjang Zaman merupakan sebuah blog berkumpulan yang mengumpulkan artikel2 dan tazkirah yang boleh dijadikan tauladan dan peringatan sepanjang zaman. Peringatan2 yang dimaksudkan bukanlah peringatan tentang bahayanya jalan raya atau peringatan supaya sentiasa rajin belajar. Peringatan2 seperti ini tidak berkekalan kerana mungkin suatu hari nanti, peringatan ini tak boleh dipakaiguna lagi oleh generasi2 akan datang. Tauladan sepanjang zaman yang dimaksudkan adalah peringatan2 yang datang dari Al-Quran dan As-Sunnah. Peringatan inilah yang bersifat kekal kerana ia membicarakan tentang Hari Kemudian.

Hari ini begitu banyak email2 yang memberi peringatan2 ini. Tauladan Sepanjang Zaman merupakan tempat di mana ahli2nya dapat mengabadikan tazkirah2 ini dalam sebuah koleksi yang senang dikongsi bersama. Oleh kerana ruang yang disediakan oleh email providers amat terhad, kami berazam untuk menyimpan artikel2 itu di sini.

Kepada pengunjung sekalian, terima kasih kerana sudi datang ke sini. Diharap kita dapat manfaat bersama. Wassalam...

Read More »»